Wednesday 22 May 2013

Palestin Syria Gaza

di Palestin,Syria dan Gaza
lapangan biru luas terbuka
namun kosong dari pandangan mata
kerana masa diragut pemangsa
hilang terus nikmat untuk semesta
yang ada hanya air mata

kerana diri terus berjaga
dari hujan peluru yang menimpa
yang bisa meragut nyawa
namun mereka tetap setia
kerana yakin pada Yang Maha Esa
untuk menjadi ahli syurga

sedang anak remaja kita bersuka ria
anak mereka disana terus berduka
hidup tidak seperti kita
yang boleh dapat segalanya
hanya cuma perlu bersuara
semua terus terhidang sedia

bukan semangat itu tiada
namun terkunci dari terus membara
kerana yang memimpin masih leka
terus-terusan mengejar dunia
yang akhir mengundang bencana
kerana mereka terus alpa
lupa pada Yang Maha Berkuasa

sejuta maaf ingin dipinta
andai cuma mampu berdoa
moga mampu jadi senjata
untuk mu wahai pejuang agama
harap maaf ini diterima
wahai saudara Palestin Syria dan Gaza

credit to Muhsin Sukeri

No comments:

Post a Comment