Thursday 11 September 2014

magnet

makin ingin ku lari
makin kita ketemu lagi
seakan magnet
yang menarik
kau dan aku

untuk aku menyesali
itu bukan aku
yang aku pasti
aku masih malu
untuk ketemu kamu

meski aku benci
tetap jua aku terima
ini aturan dariNya
ujian buat hati
aku dan kamu

yang  aku pinta
kekuatan di hati
biar kita bisa berdiri
tanpa benci
dan penyakit di hati

Monday 16 June 2014

amarah.

Bismillahirrahmanirrahim,
Allahumma solli'ala Muhammad, wa'ala ali Muhammad
Subhanallah Wabihamdihi SUbhnallah Hiladzim

Assalamualaikumwarahmatullah ya bakal-bakal jenazah. ehh sentap hahaha. ok gurau je hehe. apa khabar semua yang sedang membaca. *lambai-lambai
ceh bajet macam ramai je yang baca haha. wuu lamanya tak update blog. rindunya nak taip menaip idea yang bergelimpangan dalam kepala ni. Alhamdulillah kali ni ada idea nak menaip. Semuanya datang dari Allah. tapi sebab lainnya aku biarkan blog ni bersawang berhabuk macam ni *jap sapu habuk* ehm ala macam biasa la. busy. cliche sangat kan alasan ni. tapi semua orang yang tak update new entry mesti sebab busy kan. jari tak sempat merangkak pon nak bukak tab blog. haa jadi sama jugak dengan aku. tapi aku busy apa je. jap pikir. ehm ehm ehm.,haa busy scrolling fb je kot. hahaok seriusaku busy dengan assignment projek tapi still ada masa nak main-main. hehe.

Wah wah dah la da lama tak update new entry. sekali ko punye update, nahh tajuk die ganas. amarah u. haha
Ok kita terus ke titik (mohon baca 'straight to the point'). begini, apa yang korang dapat simpulkan bila korang nampak perkataan AMARAH ni. *awal-awal da simpul,isi tak cerita pun lagi -_- *

Ok. pada aku, bila aku nampak perkataan ni, aku da boleh bayang da satu perasaan yang kalau boleh ko nak je membebel pong pang pong pang kat seseorang/benda yang buat ko marah. atau lebih teruk, aku terbayangkan muke orang yang berkerut seribu macam muka tersagat kat dinding tu. haha. dan bila aku tengok orang yang tengah marah pon aku akan jadi takut.
dan alkisahnya, petang tadi aku boleh pulak termarah kat sorang budak pekerja kafe dan sekarang aku sangat tak suka dengan perbuatan tingkah laku perangai aku yang ni. aku rasa macam loser sangat-sangat. dan sebab utama aku marah adalah makanan. ye makanan la yang banyak buat orang marah. bile lapar takde makanan, orang jadi marah. bile harga makanan naik,orang marah. bile makanan tumpah,orang marah. ni selalu aku kena. aku cuai dan selalu tumpahkan makanan bile aku makan dengan adik aku. then die akan marah bertalu-talu kat aku. haha. aku pun tak tatau kenapa bila makan dengan adik aku je,mesti ade je mende tak masuk akal yang aku buat. maybe aku suke tengok adik aku membebel kot. yes i am. dan sebab tu aku nampak lagi muda cute miut gitu dari adik aku haha. haa jangan mengata aku perasan. ingat ciptaan Allah itu semua cantik-cantik hensem-hensem belaka. *yes win haha

Dan kenapa aku boleh termarah dekat budak tu sebab order aku tak siap-siap. aku order dari pukul 3 petang  dan aku bajet dapat la pukul 530 petang kan. alih-alih pukul 630 aku turun pegi kafe, sekali tak siap lagi. ok. masa tu aku masih cool macho ok. tunggu lagi. sampailah pukul 745 malam, aku fikir nak balik bilik solat maghrib dulu lepas tu turun bali. jadi sebelum aku balik, aku pergi la check tengok kot-kot makanan aku da siap. sekali aku tengok makanan aku masih tak siap lagi. masa tu da rasa kecewa da. sebabnya lapoooo oiii. aku skip bekfest semata-mata nak makan tomyam tu ok. da la kempunan dari semalam lagi. masa tu tak timbul lagi rasa marah nak membebel tu, cuma kecewa. yang bikin aku terhambur marah kat budak tu bile mana kawan aku, pika datang sebelah aku then amik makanan die. aku pun buat-buat tanya.

"Order dari pukul Bape?" *senyum
"order pukul 6 lebih tadi"
"mia tak dapat lagi ke?"
"tak
*dalam hati da boommm haha

Masa tu aku tak tahu kenapa aku boleh pegi membebel kat budak tu dan aku syak die lagi muda dari aku, so adik la. nasib la kebetulan die baru keluar dari dapur ok haha. aku pegi amik kertas order yang baru, tulis balik order aku then aku pegi kat adik tu.

"adik,kenapa order yang pukul3 takde lagi,sedangkan kawan akak yang pukul6lbih da dapat?" *muke marah
*adik tu diam, blur mungkin*
"akak da order dari petang tadi tak dapat lagi. ni amik kertas order ni balik,pegi buat yang akak." *terus blah

Aku terus balik bilik sebab tak solat lagi oii. dan mungkin sebab tu aku termarah kot. sebab syaiton nirojim duk menghasut kuat sangat haha. 

Ontheway balik bilik tu, barulah aku tersedar yang aku da termarah orang dan aku paling tak suka perkara ni sebab aku tak suka marah orang even aku ni kadang-kadang cakap lepas jugak. ok itu dulu. zaman sekolah haha. sekarang pendiam ok. dansalah satu cara nak kawal marah dan cakap lepas aku ni, aku pikir diam. diam itu lebih baik dari menyakitkan hati orang. kenapa aku paling tak suka marah orang, sebab aku takkan tenang selagi tak pegi minta maaf kat orang tu. dan aku akan cari orang tu dulu untuk aku minta maaf sebab sepanjang aku masih tak minta maaf, aku akan terbayang kesusahan aku di akhirat nanti mencari orang yang aku marah tu. ye itu aku dan sememangnya aku.
dan satu hal yang buat aku rasa loser tersangat loser bila mana aku teringat sabda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” 
(HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Astaghfirullah. istigfar panjang aku bila aku teringat sabda ni.
Allahu. apa aku da buat kat diri aku. sungguh aku sedih dan kecewa dengan diri aku bilamana aku tergugat hanya kerana makanan yang tak siap dimasak. sedangkan saudara aku di Syria Palestin tak cukup makanan. Allahu rabbi,maafkan aku ya rabb. aku tertanya-tanya,mana pergi kesabaran aku selama ni dalam menahan marah. dan saat aku menaip ni,aku masih rasa kecewa dan malu dengan diri aku. :( dan aku bertekad nak pegi minta maaf dengan adik tu esok hari. ye aku tekad dan aku kena buat.

Ingatlah wahai diriku dan sahabat yang sedang membaca, janganlah kita menjadi pemarah yang bersifat panas seperti api kerana asalnya syaitan adalah api. jadilah seperti air yang menenangkan lagi menyejukkan. kawallah kendalilah amarah itu. kerana mengendalikan kekuatan amarah bukan bererti menghilangkan. tetapi kekuatan amarah diciptakan oleh Allah untuk sesuatu hikmah yang besar agar manusia terdorong untuk mempertahankan hak, menilak kejahatan serta menegakkan jihad fisabilillah bagi membela dan meninggikan kalimah Allah.

Lagi satu. bila kita marah ni,muka kita tersangat la tak cantik. berkerut masam. dan seeloknya bila korang tengah marah tu korang selfie atau  pergi cermin muka sendiri dan tengok. mesti korang rasa macam nak lempang-lempang je muke korang. sebab apa. sebab muka marah tu tak cantik. buat hati rasa sakit. ye dak?

Ehm ehm rasanya sampai disini saje untuk hari ni. lagipun lusa ada paper. first paper ok. *cuak. study pun tak abis lagi.
maafkan aku andai ada tersalah terkasar termenguris hati kamu wahai sahabat. doakan aku berjaya menjadi muslimah yang melabuhkan hati aku hanya untuk Allah dalam setiap perkara yang aku lakukan. doakan juga kejayaan ku. 

Sekian.
Assalamualaikum :)

Sunday 19 January 2014

dikata & mengata

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..!!! :D
die mai dah.. mai dah.. apa yang mai nih cik mia oii?? mood nak menulis dah mai dah. yeahhh. jari terasa gatal nak menari-nari nih, idea pun dah melimpah ruah dah nih. ayat tu selalu nak over -_-. bia la hahaha..

entry kali ni bukan nak buat sambungan pasal cerita sesat tuh. hahaha.maaf kepada semua yang menunggu siri ke3 cerita tu,tak lupa juga pada yang bertanya. mood nak menyambung entry tu tak sampai lagi. maap maap maap. ini kalau aku jadi penulis novel nih,memang lari semua peminat2 aku sebab kebosanan menunggu. wah wah peminat?!! *rolling eyes hahaha*..

ok back to the topic. disebabkan cuti semester pun dah bermula,aku yang tak balik bercuti nih duk kat bilik sorang2,tersangatlah kebosanan. kepada yang balik tuh,selamat bercuti ye,jangan buat aku jeles. backhand baru tau hahaha. kerana kebosanan melampau tu,mulalah aku menjadi stalker terhebat. yela sebab dah takde kerja nak buat. nak study pun tak boleh. ehhh

amboi ayat,sebelum2 nih pun ko study time study week je mira hahaha

eh eh panjangnya mukaddimah entry nih. haha,maaf2. ok kali ni aku nak cerita pasal "biarkan anjing menyalak pada bukit". pebende pulak nihh.. hasil dari menyetalk. ok punah bahasa ibunda kita.maaf.hasil dari aktiviti tu,dapat aku simpulkan ramai antara kawan2 aku yang down bila mana kawan2 sekeliling mereka mengata mencaci mengumpat mereka. WHY????!!

pada aku,tak perlu la kita nak bersedih. bak kata mak aku,i don't care. itu 1st ayat english mak aku ajar masa aku budak2 dulu sebabnya dari kecil lagi aku selalu kena buli dengan orang. siap kena ejek panggil 'angsa kambing' sebabnya nenek aku bela angsa kambing tu semua. banyaknya sebabnya hahaha. tersangatlah lawak oii. yang kawan2 aku ni,kenapa nak down awak eh.. pedulikan semua tu. ye memang secara jujurnya,kita akan terguris terasa sedih,lebih2 lagi yang mengata tu sahabat kita yang selalu dengan kita. pada aku,  pedulikan semua itu. kita bukan dilahirkan untuk memuaskan hati orang. andai hari-hari  kita hidup sebab nak puaskan hati orang, boleh mati keletihan sebab memang takkan dapat puaskan hati semua orang. lagipun tiada manusia yang perfect sempurna lengkap dalam dunia nih.

perumpamaan yang diberikan itu bukanlah dengan niat nak kata orang itu anjing ke apa. haa korang jangan label gitu ye.tak baik. tapi gayanya sama seperti itu,bilamana anjing tu dah letih menyalak pada bukit tu,lama2 dia akan diam senyap blah jugak kan. silap2 pegi panjat bukit tu,p main2 lagi. sama jugak dengan orang yang mengata kita tu,bila mereka dah bosan letih,mereka senyap jugak. kita yang kena kata nih jangan lah duk diam statik cam bukit tu. kita yang dikata nih,teruskan bangkit bangun,buktikan pada mereka yang korang nih bukan seperti yang mereka katakan. buktikan mereka itu salah. bila kita dikata, cuba kita duduk sebentar dan renung kembali kebelakang. bukan belakang korang lah.. tapi cuba putar balik memori kita,selak kembali tirai kenangan kita. berapa banyak dah halangan dan cabaran yang kita lalui. mesti banyak kan. sepanjang perjalanan hidup kita tu,dah berapa ramai manusia yang mengata kita. mesti ramai kan. yang takda tu,dia pondan. hahaha. mesti ada walau sorang. jangan tipu. dan lihat,kita kat mana sekarang,alhamdulillah kita berjaya harungi semua halangan2 tu. so kenapa sekarang bilamana kita dikata dikutuk dicaci,kita perlu down. sedangkan dulu kita boleh lalui halangan tu. bukan ke dulu kita hanya seorang insan yang baru belajar mengenal dunia. dan hakikatnya, kita berjaya mengharungi cabaran itu sehingga meletakkan kita ditempat kita sekarang.

jadi tak perlulah kita rasa putus asa nak berhadapan dengan dunia,rasa down. biarkan aje mereka semua berkata-kata. dan tak perlu kita membalas perbuatan mereka dengan kata-kata yang tak elok. bak kata mak aku, kalau kita balas apa yang mereka buat,kita ni sama dengan mereka. cukup kita tutup mulut mereka dengan kejayaan. yeahh,kata2 mak selalu betul. i love u mak. sayang sikit.. alolo,comelnya mak.. hahaha..

dan kepada yang suka mengata orang tu. cuba fikir balik. siapalah kita untuk mengata menghina mengcaci manusia sedangkan kita juga hambaNya yang hina yang serba tak lengkap. haa baca bismillah pun salah lagi,ada hati nak mengata orang. wrestling satgi baru tau rasa. tak suh berhenti berfikir lagi,sambung fikir lagi. siapa kita untuk menghakimi manusia lain sedangkan diri kita sendiri pun masih belum sempurna. walau sehebat mana pun diri kita,itu semau pinjaman dari Allah. ye, semua itu dari Allah. jadi berhentilah menghakimi manusia sesedap hati kita. jangan. aku ulang lagi sekali JANGAN.!!. kita tak tahu apa yang saudara kita lalui, kita tak tahu apa2 pun yang ada dalam hati mereka. jadi berhenti buat andaian sesuka hati. berhenti. aku nak ulang jugak yang ni. BERHENTI.!! yang tengah drive tu,jangan berhenti,teruskan. kalau lampu merah je berhenti. berhenti buat andaian sendiri sebab kita bukan siapa2. kita tiada kuasa kita tidak sempurna. kita adalah zero.  kita tak boleh hukum orang sesuka hati. hellooo,sedar tak kita ni hanya hamba. yang tak sedar tu,bawak mai sini,aku sagat kepala kat dinding. hahaha ganas ko jah.. jadi fikir balik,layak ke kita nak menghukum menghakimi seseorang. jadi kalau ada perangai camtu,buang jauh2. campak dalam gaung. kalau ada lagi,ko sekali masuk gaung. eh eh jangan jangan. kan tak pasal2 aku yang masuk jail sebab ajar mende pelik.

akhir kata, untuk kawan2 aku kat luar sana. pandang kedepan sebab masa depan memang kat depan. apa yang negatif tinggalkan di belakang. sentiasa positif dan bersabar kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar. ingat, sabar itu jugalah yang tolong bayarkan syurga untuk kita kerana Allah janjikan syurga untuk mereka yang bersabar.

maaf atas segala kekurangan dan kesalahan aku dan semestinya yang baik-baik itu daripada Allah swt dan yang kurang baik itu adalah daripada diri aku sendiri. andai kata-kata aku atau tatasusila aku merobek hati sesiapa,maafkan kerana aku cuma hambaNya yang tak lari dari melakukan kesilapan.

wassalam. :D
Mari berselawat sekejap..

 Allahummasolliala Saidina Muhammad Waalaali Saidina Muhammad. SubhanAllah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar.

- SUCCESS IS THE BEST REVENGE FOR ANYTHING-


Monday 30 December 2013

from PAHIT to MANIS (siri 2)




28/12/2013, 5.12AM
Lokasi : KOTA BHARU,KELANTAN

sedang enak aku tido dalam bas, tetibe pakcik nih datang btanya.. *masih aku ingat soalan die*

"Adik nak turun mano??" tanya pakcik tu..
"Saya nak turun kuala terengganu pakcik.." jawab aku dengan muke mamai..

dalam hati ni,*aihh malu dgn pakcik ni.. tdung dah la senget2.. tido katakan*

"Laaa,adik tak kaba ka sakni?? Ore turun lamo doh kat kuala nuh".. kata pakcik tu

"Haa yeke pakcik..?? dah ni mane pakcik???" *dalam hati cuak megelabah sume ad..*

"Ni sapa Kota Bharu doh mek.. laa die tak kaba,jenero sangat tido.."

*dalam hati menjerit*
WHAT!!!!!
Astagfirullah..
KOTA BHARU!!!!
Again

KOTA BHARU..!!!!! :0

berkata dalam hati,aku sorang diri disubuh hari kat kota bharu.. ya Allah.. hahaha *tak payah nak hahahaha sangat,ko tgh cuak skrg ni ok :O *

"mek keno turun sini sbb bas tak gerok mano doh pahni.. mek keno beli tiket pulok nak kelik kuala nuh"

"ok2 pakcik.. terima kasih pakcik", berlalu lah aku dengan muke mamai baru bangun tido.. TIDUR YANG TAK SEDAR DIRI *benci*.. kate org tido mati.. dah la tudung senget.. nasib air liur basi je takde.. kalau ad,memang cukup pakej muke zombie.. hahaha..

aku pun berjalan menuju ke kaunter tiket.. sampai je di kanter hampa bile mana,sume kaunter tutup.. ohh lupe pulak aku sekarang baru pkul5 lebih.. bertanya aku pada sorang gadis yang tengah menunggu kat situ,

"Kaunter bukak pukul bape??"
"pukul8 katrang, ni nak pegi mane??, tanye die pada aku..
"saya nak pergi kuala terengganu.. sebeanarnya,saya terlajak bas.. spatutnya turun dah tapi ttido pahtu terus sampai sini.. sekarang nak tunggu kaunter bukak,nak beli tiket bali semula" cerita aku panjang lebar kat gadis tu
"awak pegi la rehat dulu.. kat belakang sana ada masjid.. awak pergi la sana rehat2.."
"ohh yeke.. nak gi sane gane ea??" tanye aku
"awak lalu belakang nih lepas tu lintas jalan pahtu g je staright".. jawab die sambil bangun dan tunjuk arah..

aku duduk sebentar depan kaunter sambil fikir panjang.. nak pegi ke tak.. nak pegi ke tak.. kalau tak pegi,habis subuh nanti nak solat kat mane.. so aku pun decide la utk pegi.. berjalanlah aku dengan hati yang tak rela.. cuak aihh subuh2 hari di tengah2 bandar kota bharu nih.. dalam hati time tu,terfikir nak col je yeen,tp yeen xde kat kota bharu.. die tgh seronok tido kt ump tu..

"ok terima kasih awak", sempat aku bersalaman dgn die sbelum aku pergi..
maka bermulalah penggembaraan sesat aku di bandar KOTA BHARU.. aku pun jalan la disubuh hari mencari masjid yang diceritakan gadis takdi.. haaa part ni memang thriller sangat... tengah aku jalan2 mencari masjid nih, ya Allah boleh pulak aku terserempak dengan orang gila *LOKASI: SELEKOH TEPI PARKSON*.. aku assumed die org gila sbb die cakap sorang2.. hahaha.. aku pun lintas lah amik jalan lain.. dalam hati dah cuak dah ni.. semua doa aku baca.. ntah2 doa makan pun aku baca.. hahaha.. lepas die tengok aku lintas lari dari die nih.. camne nak jadi lebih horror thrillerlerlerler... die pegi ikut aku.. DIA IKUT AKU.!!!!. haaa saat ni mule lah aksi runningman aku bersama orang gile nih...

punyelah aku lari tak cukup tanah.. kat depan,aku ternampak ada satu musolla tepi pasar.. aku fikir ada orang.. so aku lari masuk kawasan musolla tuh.. ya Allah,sekali lagi aku kecewa.. kali ni memang hati menangis mata berair mulut terketar dah.. aku pun lari lagi kedepan lagi.. Alhamdulillah Allah menolong aku.. aku nampak kelibat seorang pakcik tengah angkat sayur dari lorinya.. tanpa fikir panjang aku lari dan terus minta tolong pakcik tu..

"pok pok pok tolong saya pok" , siyesly memang ketar gegor sume suare tu.. haha
"bakpo mek bakpo" tanye pakcik tu..
"ado orang gilo kejo saya pok.. tu belakang tu" elok je aku tunjuk belakang tu,tgk2 takde dah.. aihh kamu ni.. main2 betul..
"marih mek masuk dale paso.. dale ado rama ore.. mek duk dale tu" kata pakcik tu sambil bawa aku masuk dalam pasar.. oohhh rupenya aku ada di PASAR SITI KHADIJAH.. perkara pertama bila aku masuk dalam pasar tu,aku cari makcik2.. so aku rasa selesa selamat skit bile duk dengan orang perempuan.. aku pun duk la kat dalam tu sambil memerhatikan pakcik makcik tengah menyusun barang2 niaga mereka..sambil aku menyorok dari orang gilo tu,tangan aku laju menaip moment nih dalam diary kat hp aku.. takmo miss moment katanya.. hahaha.. sempat..!!! -_-
PASAR SITI KHADIJAH masih belum buka

pemandangan dari tempat persembunyian aku.. hujan kat luar.. :(

kedai2 runcit pun belum bukak..-_-


sedang aku leka menaip,datang seorang makcik bertanya..
"mari mano mek pagi2 nih"..
*senyum* "saya mari numpang jap makcik.. sakni kena kejo ngan org gile.. ade pakcik tu suruh saya masuk dalam ni. selamat sikit. boleh saya duk sini kjap makcik??"
"keno kejo?? pah mek mari mano?? hor duk la sini.. duk2" kata makcik tu
aku pun bercerita sinopsis drama korea aku yang tertido dalam bas nih.. aihh buat malu je.. sungguh pung.. wat malu je..
"jenero sangat mek tido sapa mari kelate",kata makcik tu sambil gelak.. aihh makcik.. gelakkan saya ye.. hahaha..

sementara menunggu waktu subuh tu,aku pun cuba lah col adik aku,makcik aku dan termasuk yeen dengan harapan dapatlah mereka hantar orang yg dikenali kt kelantan nih ke aku.. tapi sorang pun tak angkat.. *hampa* aku pun check la kedit fon aku.. ya Allah ada 20sen lagi.. waaaaa.. check purse pulak..  ad 3keping not RM10.. waaaaaa lagi skali..

RM0.20???? :o



ok aku mula risau..  apa aku nak buat dengan duit RM30 dan kedit 20sen.. fikir3... berbekalkan kedit 20sen nih,aku miscoll n mcj makcik aku smpai die reply.. akhirnya dapat jugak contact die.. *sedar jugak makcik aku nih dari tidur pengsan die* dapat je cakap dengan die,terus aku cerita panjang lebar perihal aku yang dalam kesusahan kesesatan kesorangan kat dalam pasar nih.. alih2 jawabnya

"kereta tak servis lagi nih kak,camne nakg amik..kak balik dgn bas lah.."

what.!!!!
Astagfirullah.. camne ni?? ya Allah tloglah aku.. *dalam hati dah bdoa mcm2 doa dh*.. :(

nak tak nak aku kena tunggu jam8 dan beli tiket utk pulang ke terengganu.. sementara mnunggu azan subuh,ak decide utk myorok dalam pasar dulu.. aku rasa lagi selamat bertemankan pakcik makcik kat sini.. tak lama lepas tu,azan pun berkumandang.. aku pun mulalah pencarian aku mencari jalan untuk ke musolla.. sebab time aku lari dari org gile tadi,aku nampak musolla tu kt tepi pasar ni je.. cari pnye cari,akhirnya tjumpe jugak jalan ke musolla tu.. aku pn pegi la.. sesampai je kat depan kawasan musolla,ya Allah aku terjupe lg dgn org gile tadi.. rupenya die hilang td sbb die fikir aku myorok dalam musolla.. itu yang die duk kt tangga musolla tu.. nampak je kelibat aku terus die bangun sengih2.. aku apa lagi.. tak fikir panjang aku patah balik masuk pasar.. ada seorang pakcik tu tngah menolak troli sayur,aku rasa die fikir aku ni silap jalan agaknya.. dia datang kat aku dan kata

"betul dah mek.. masuk je la.."
"tak pakcik..ada orang gile kat tangga musolla tu.." adu aku
"mano?? mari pok hantar"..

ya Allah,terima kasih ketemukan aku dengan hambaMu yang baik..

maka selamatlah aku masuk musollah tu.. tapiii orang gile tuh masih ada kat luar tu.. aku fikir die menunggu aku.. sampai je aku dalam surau,terus aku pergi ke makcik2 yang ada kat dalam tu..

"assalamualaikum makcik..,boleh x lepas ni saya nak ikut makcik??" tanya aku tanpa fikir panjang..
"nak ikut makcik?? dah bakpo mek??"..

haaa,setiap kali ada orang tanye aku kenapa mengapa apa pa pa tu sume.. aku akan mula bercerita sinopsis drama korea sesat aku nih.. lepas je habis aku cerita tu,makcik tu benarkan aku ikut die..

oleh sebab makcik yang aku nak ikut tu atau dikenali sebagai MAKCIK BIE berniaga sayur maka selesai je solat subuh berjemaah,kami pun turun untuk ke pasar..haaa cerita dengan orang gila tu tak habis lagi.. ya Allah,dia tunggu aku lagi.. memang aku da cuak dah bile die datang dekat aku.. Alhamdulillah nasib Allah hantarkan makcik bie utk tolong aku.. makcik bie rangkul lengan aku dan pimpin aku masuk pasar.. kata makcik tu,sebelum ni takda pulak die nak mengacau orang.. ni mungkin die berkenan agaknya..  amboi makcik.. kemain mengusik saya ye.. hahaha.. sesampai je aku di kedai makcik tu,makan bermulalah episod hidup aku sebagai penjual sayur..

"sayur sayur".. hahaha kemain berangan menjerit..

bukan aku menjual pun.. kau cuma bantu makcik bie menyusun sayur utk memulakan perniagaan.. ye la sebab makcik dah tolong aku..,so aku kena la tolong balik..haaa gittew.. kan manis cam gitu.. hahaha.. *sempat angkat bakul*
yang seronoknya makcik2 kat sini semua ramah2 dan baik hati bila mana mereka menjamukan aku dengan kuih muih kelantan yang sedap.. Alhamdulillah

sementara menunggu jam8..,aku duduk je menolong makcik2 kat situ.. tak tahu nak buat apa plus segan jugak.. tapi seronok sebab dapat peluang menjual sayur.. lagi2 kat pasar siti khadijah.. yeahhh.. haha

sayur yang disusun aku :D

makcik bie tengah buat kerja

kawan makcik bie pun tengah susun keropok


saya pekerja baru makcik bie.. :p
jam menunjukkan pukul7 lebih.,disebabkan duit dalam purse ada RM30 je.. aku meminta kebenaran makcik bie untuk pergi mencari atm. pasar kat sini ad satu keistimewaan bilamana ada mesin atm kat tepi pasar.. aku pun pergi la situ..



punyelah semangat cucuk kad atm,tekan2 button masuk no pin.. sekali nak keluarkan duit.. dapat ini haaa..
AKAUN TIDAK WUJUD???
ya Allah..,dugaan apa lagi nih.. time ni jugak die tak wujud.. hahaha
aku fikir penggembaraan aku ni dah berakhir tapi aku silap bilamana aku kena mencari mesin atm pulak.. -_-
aku pun balik semula ke kedai makcik bie then bertanya samada kat 7e depan sana ada mesin atm atau tak.. tp makcik bie tak tahu.. lagi sekali aku minta kebenaran makcik utk pergi mencari mesin atm.. otw aku menuju ke 7e,aku ternampak bangunan BANK SIMPANAN NASIONAL..*lupa nak amik gambar*..  syukurnya aku time tu.. Alhamdulillah.. bank tu betul2 berhadapan pasar siti khadijah.. strategik betul susunan bangunan2 di sini..mudah nak cari duit bilamana tak duit nak shopping kat pasar siti khadijah.. okk nampak dah motif tu.. hahaha..tak fikir panjang aku terus pergi ke sana.. yang peliknya..,elok pulak aku boleh amik duit kat situ.. -_-.. saja nak suh berjalan jauh nih.. hahaha.. timba pengalaman kata orang.. selesai je amik duit,aku terus pergi shopping kuih muih kat sana.. hahaha.. nak bawak balik umah oii.. mana boleh pulang dengan tangan kosong.. hahaha.. tak lupa juga belikan makanan utk makcik bie dan kawan2nya..
kuih..!!!!



yang paling best dapat makan cucur DURIAN.. 1st time rasa.. :D


sempat menselfie time beli kuih.. -_- *muka xmandi hahaha*
seronok betul tersesat sampai ke sini bilamana dapat merasa kuih muih kelantan.. hahaha.. selesai beli kuih muih.. aku pulang ke kedai makcik bie.. makan2 dengan makcik bie dan kawan2nya.. selesai makan,aku melihat jam.. sekarang jama menunjukkan pukul 8.17AM.. aku fikir bolehlah aku memulakan pencarian tiket bas untuk pulang ke rumah.. sebelum bergerak pulang,aku sempat bergambar menselfie diri bersama makcik bie dan bersalam dengan makcik bie dang kawan2nya.. pesan makcik2 disana.. 

"lain kali mari kelate,marilah jale rumoh makcik".. 

bersama makcik bie.. *manis senyum makcik bie kite* :P
insyaAllah makcik,akan saya datang jumpa makcik bila saya datang kemari..masok sedap2 deh makcik.. yang seronoknya,sebelum pulang,aku dibekalkan dengan kuih muih keropok yang banyak dari makcik2 di sana.. Alhamdulillah.. yeayyyyy... :D
kalau camni la rupanya,lepas ni buat2 terlajak bas la pulak.. buat2 terlajak ke penang.. hahaha.. kate orang penang itu syurga makanan.. *terbayang dapat banyak makanan*
berbekalkan ole2 di tangan,aku pun meninggalkan pasar dan menuju ke terminal.. bye2 pasar bye2 makcik bie

    
selamat tinggal pasar siti khadijah dan makcik2 semua.. :(

musolla bersebelahan pasar

laluan aku melarikan diri dari orang gile


disinilah aku bertemu orang gile tu.. :(
sesampai sahaja aku di terminal,terus aku serbu setiap kaunter tiket yang ada disana.. tetapi hampa kecewa bilamana tiket pagi semua sudah habis. yang paling awal adalah tiket pukul12 tghari dan kena naik berhadapan tesco.. mana aku nak cari tesco kat sini oiii.. tak kenallll... :(

tiket2,mu tunggu aku datang.. *serbu....*

DAPATKAH MIA MIRA MEBELI TIKET UNTUK PULANG KE TERENGGANU.. NANTIKAN SIRI KE-3.. *malas dah nak menaip.. hahaha*










Sunday 29 December 2013

from PAHIT to MANIS

Assalamualaikum.. pernah menonton rancangan realiti SESAT di ASTRO RIA..?? okk,bagi yang tak tahu..nah link fb die : https://www.facebook.com/sesatTV ..

mari aku cerita sedikit tentang rancagan ini.. SESAT berkisarkan tentang sepasang selebriti yang ditinggalkan di sebuah lokasi yang tak pernah mereka pergi dan mereka harus mengharungi pelbagai cabaran dan mencari jalan pulang dalam masa yang ditetapkan. tapi apa yang menariknya sehingga saya tertarik untuk menulis tentang rancangan ini di blog nih..?? jom kita bedah siasat..

episod SESAT kali ini telah melibatkan AKU sebagai pesertanya..!!! ya,GUE!!!.. tapi bukan SESAT arahan Gambit tu.. tapi ini SESAT versi aku.. hahaha.. ya versi aku.. tiada kena mengena dengan rancangan realiti kat astro tu.. TIADA.. tunggu aku jadi artis dulu la,baru join rancangan tu.. hahaha
sesat versi aku. :P


Lets read the story of SESAT (versi aku) with Cik Mia Mira.. chekidaud..!!


27/12/2013, 10.11 P.M
Lokasi : Terminal Makmur Kuantan

aku bersama 4 orang kawan aku yang lain iaitu yeen,wani,aini dan mimi sampai di terminal untuk membeli tiket bas..PERHATIAN.. kat sini aku ngn wani je yang nak beli tiket bas.. yang lain cuma teman je.. hahaha.. ok sambung balik..sesampai je kami di terminal.,aku,wani dan aini pergi membeli tiket bas sementara yang lain menunggu di parking kereta.. berjalanlah kami dengan perut yang lapar menuju ke setiap kaunter.. disini,aku mencari tiket seorang diri sementara aini teman wani mcari tiket jugak. katanya tiket balik cuti midsem nanti.. *amboi cuti midsem cepat je memasing cari tiket*.. yang aku ni cari tiket untuk balik malam ni jugak.. aku target nak naik bas trans pukul 130 AM sbb sblum ni kami berlima da bpakat nk pegi makan2 berjimba2 namun hampa apabila semua tiket lewat malam dah habis.. yang tinggal cuma tiket 1030PM je.. bygkan perasaan aku time tu.. waaaa,nk ikut jugak pegi makan.. :(.. disebabkan perasaan nak balik lagi besar dr nak pegi makan.. aku gagahkan jugak tangan utk hulurkan duit ke kaunter MATA AIR EXPRESS.. maka sah lah tiket 1030PM mnjdi milik aku.. lepas dah beli tiket tu semua,aku pn amik beg kt kereta and salam ala2 makcik2 gitu.. laga2 pipi sikit dengan kawan2 aku dan melambai mereka pergi dengan hati yang jeles level14 temple run sebab dorang nak pegi makan lamb chop chicken chop.. arghh sume chop lah.. itu buat aku jeles.. rasa macam nak chop2 je tayar kete,bar dorang xleh pegi makan.. hahaha *ok terasa imaginasi aku ni ekstrem hahaha*

lepas dorang da pegi,maka tinggal la aku sorang diri terkontang kanting tak tahu hala tuju kat terminal tu.. disebabkan aku lapar,aku pegi cari makanan dulu.. lepas dah beli sume bekalan tu,aku pn duk kat krusi mnugu bas.. ok jam mnunjukkan tepat pkul1030PM,hati aku dah eksited nak naik bas nih.. aku pn tunggu la pgumuman berlepas ala2 di KLIA gittew tp hampa xde jugak.. kelibat bas pun aku tak nampak.. hampa sungguh time ni.. aku pn pikir,mungkin lambat lg nih.. ok sabar mira sabar.. tunggu punya tunggu,tak sampai2 jugak.. aku pusing belakang toleh kiri kanan, ya Allah,orang dah makin sikit.. mata pn da mule mgantuk..
time ni pukul11.15PM,bas masih tak sampai2.. orang pun dh berkurang.. :(
tibe2 kedengaran satu pengumuman.. cam ni bunyi die.. wahwah.. hahaha

"KEPADA PEMEGANG TIKET MATA AIR EXPRESS,SILA DATANG KE KAUNTER PENERANGAN"
toontoontoon *bunyi nada selepas announcement* boleh bayang tak?? haha

aku dengan perasaan berdebar nih, duk pikir bas aku ni cancel ke hape ke.. risau tak dapat balik oiii.. sampai je kt kaunter,ad sorang brader ni bagitau..

"Maaf dik,bas kami rosak sebab tu sampai sekarang tak sampai2.. ini ad tiket bas yang baru.. adik pergi naik bas yang hujung sana ye."

Ya Allah..,mule2 dgr die kate bas rosak tu,aku dah risau cuak sume ad tp nasib die ganti bas lain.. aku pn tak fikir panjang terus naik bas CYBEJAYA EXPRESS. sampai depan bas,kasi tiket kat pakcik bas n terus naik atas duduk.. nasib dapat duduk sorang and kerusi die best.. besar dan yang paling best,bas ni ad WIFI.. fuyoo.. *mohon syarikat cyberjaya kasi upah sbb promote bas die* haha.. disebabkan selesa sangat duk dlm bas ni plus aku nih jenis mabuk bas.. so aku tido tak ingat dunia.. memang seronok yang teramat tidonya..

APA AKAN TERJADI SELEPAS INI??? NANTI SIRI KE2.. *was typing* :P

Friday 18 October 2013

bidadari syurga

semua wanita
kau nak cuba
konon kau tu ramai yang puja
andai perangai pun tak boleh jaga

jangan berangan dapat bidadari syurga

p/s: surah an-nur,ayat 26 :)

Wednesday 16 October 2013

kenapa??

hati suka meronta
terkadang terluka

kenapa?

kerna kau yang ku suka
tapi dia yang kau cinta