Saturday 30 March 2013

jalan yang aku pilih

jalan yang aku pilih
ingin aku hiaskan dengan pelbagai masalah
ingin aku petik seribu kenangan
yang tumbuh dari tanaman masalah

jalan yang aku pilih
ingin aku terokai lautan yang luas
lautan manusia yang berwarna warni
menjadi nelayan yang mendapat pelbagai tangkapan

jalan yang aku pilih
akan aku akhiri dengan kejayaan
sebagai bukti aku petani berjaya
petani jutawan yang berguna

jika ditanya adakah aku bahagia
ya,dengan bangga aku nyatakan
aku bahagia dengan hidup aku
inginku jerit satu dunia
mengatakan aku bahagia
kerana aku tahu aku orang yang kuat
yang menjadikan Allah swt sahaja tempat pergantungan aku
matluthfi, the man that i salute and i wanna be like him..!! :D

keep yaww..!!

success is the best revenge for anything.. :D

senjata dendam

berhenti sekejap
pandang sekeliling
lihat dan hayati
disebelah kita
adakah musuh atau kawan 
lihat dan hayati lagi
kenalpasti mana satu rumpunnya
andai rumpunnya kawan
layannya seperti kawan
jangan ada niat melawan
andai rumpunnya musuh
hanya satu yang mampu
yang bisa menjatuhkan takhta egonya
hanya kejayaan kita
yang menguntungkan kita
yang menaikkan kita
yang bisa menundukkan nafsu rakus musuh kita..
kejayaan kita

Friday 29 March 2013

hampir

semakin hampir
semakin fitnah bertebaran
semakin hampir 
semakin bertambah perpecahan
antara suami dan isteri
antara kawan dan kawan
antara kiri dan kanan
walhal dari rumpun yang sama
kenapa tidak kita bersatu
berkongsi satu propaganda
agar kekal nusantara milik kita

seni

andai kita pembawa seni jangan sampai mengotorkan nama seni

lidah

lembut tidak bertulang
jujur bila merasa
jika sedap dirasa sedap
sakit pabila ulser menumpang
boleh membunuh jiwa satu insan
andai melontar ayat lebih tajam dari pedang
itulah lidah

kentut

kentut orang pantas dikesan
kentut sendiri diam diamkan
salah orang mudah je kesan
salah sendiri stail sorok sendirian

#credit to ayuni marsal..:)

GOOD

"There are two things you can never have too many of: Good Friends & Good shoes!"

hak


biar dihentam
biar dihina
andai kita betul
jangan pernah mengalah
pertahankan hak kita

formula

hidup ibarat subjek thermodynamics
masalah ibarat soalan exam
jalan penyelesaian sama seperti formula
formula yang betul menemukan jawapan yang betul

vice versa



biar jatuh rebah
biar lapar dahaga
biar sakit luka
biar sedih sepi
namun pengakhiran
berdiri bermaruah
kenyang berkat
sihat bergaya
bahagia berjaya

terfaktab

terfaktab segala yang terfaktab

3 perkara

dlm hidup kena ad 3 bnda ni: 1) ap2 kslhn,1st slhkn diri sndri dlu 2) jgn bgantung kpd 'nasib baik' 3) jgn bergantung dgn org,mhon berdikari

#kredit to apit

takut

rasa takut itu satu pemangkin kejatuhan

lalang

jangan jadi lalang yang lemah tak berguna

lantai

biar kenal lantai andai ingin berjaya berada diatas

organisasi

yang tersasar perlu dipimpin kembali
yang menegur jangan sampai memaksa diri
jangan biarkan keegoan menjadi raja sang hati
bimbang musnah satu organisasi
 

perang

jangan mimpi untuk berperang
andai diri belum bersedia
bimbang mati dahulu
sebelum sampai di medan perang
 

masa

andai terlambat
kita yang tertinggal
andai terlalai
kita yang kerugian
tidak dapat diundur
tidak dapat dicepatkan
itulah masa

atom

manusia ibarat atom
mempunyai sifat yang berbeza
yang terbaik dipilih
bagi menwujudkan ikatan

tulang

anak muda tulang belakang warisan
dunia pula isi yang meliputi tulang
busuk isi maka busuk juga tulang

pengarang

dari jauh,seperti kertas kosong
bila didepan,adalah satu karangan
bila dihayati,rupanya seorang pengarang

bergerak

apabila otak mula bergerak
jari juga bergerak
kerana dikelilingi orang yang bergerak

kenakalan ketajaman

kenakalan itu memang wujud
ketajaman itu masih belum wujud
usaha perlu ditambah
biar idea makin bercambah

orang seni

bersama mereka,keterbukaan dicapai
akal dangkal tiada lagi
oleh kerana mereka itu dari kalangan yang halus
halus yang dapat dihayati
halus yang berinspirasi

takkan terpisah...!!!

Takkan terpisah 4 sekawan gila gila , rambut tak sama tapi satu kepala tak sedarah tapi bersaudara . sumpah untuk bersama , takkan terpisah biar tsunami melanda pusing dunia berjanji setia susah senang kami menang . takkan terpisah ibarat KL dengan traffic jam macam burung biru dengan muka buku tetap rapat . kami hebat macam budak hipsters dengan jeans ketat takkan koyak takkan goyah takkan terpisah kami buddyz selamanya . kami riuh kami gempak ngam ngam macam segiempat tepat suara berbeza pilihan sama fahami jiwa tanpa suara . kami sembang gaduh sms kutuk lepak sebab kami muda sekali je . bersama mencipta mengegar dunia , kami bebas merantau merata rata , merayau rayau mencari jati diri bersama selamanya . KAMI BUDDYZ , kami takkan terpisah (: :)

TAKKAN TERPISAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !! :D