Friday, 18 October 2013

bidadari syurga

semua wanita
kau nak cuba
konon kau tu ramai yang puja
andai perangai pun tak boleh jaga

jangan berangan dapat bidadari syurga

p/s: surah an-nur,ayat 26 :)

Wednesday, 16 October 2013

kenapa??

hati suka meronta
terkadang terluka

kenapa?

kerna kau yang ku suka
tapi dia yang kau cinta

penipu

ku genggam erat tangan ku
menahan kesakitan ditipu
kejam sungguh perlakuan mu
buat aku begitu

dasar penipu

sendiri


:: sorry malas nak taip ::

tembok

andai ku mampu
bina tembok setinggi bukit
akan ku pagari hidupku
dari manusia hipokrit

agar terubat luka dihatiku

manusia

ingin ku jerit pada semua
aku diam bukan tanda aku suka
tolong hormat aku jua
kerna aku juga manusia

aku tak sempurna
aku juga miskin tak berharta
namun aku punya hati dan jiwa
kerna aku juga manusia

aku bukan memaksa
aku cuma meminta
seperti aku menghormati kamu semua
hormatilah aku jua

kerna aku juga manusia

mana kau??

saat aku berduka
hati aku terluka
kau bergelak ketawa
aku dibiar kecewa

mana nilai janji kita
kau pernah berkata
kita berkawan sampai syurga
namun kawan,dimana kau berada?

saat aku perlu kau bersama

Monday, 14 October 2013

Korea

entah kenapa
bibirku menguntum senyuman
mungkinkah aku sudah bersedia
untuk mengejar impian??

teringin nak pergi Korea..!!!

p/s: lepas tgk cite korea,terasa nk p korea oii.. *feeling2 kt korea

cara bahagia

hati
berbunga-bunga
meski aku sendiri
aku tahu cara untuk bahagia

p/s: kesan dari tgk cerita korea.. parahhh *geleng kepala sambil tersenyum

Wednesday, 9 October 2013

cair

sedangkan besi
boleh dilentur
inikan pula hati

mudah sangat cair

pemain wanita

kau fikir kau hebat
konon semua kau boleh pikat

kau lupa kau di darat
lagak seperti kau di puncak langit

tiba saat
hati kau disiat

aku disini tersenyum melihat

Monday, 7 October 2013

halangan

halangan dihadapan
bukan penyebab kekalahan
disana ada impian
takkan nak berhenti sekarang kan??

#halangan itu adalah manisan untuk kejayaan yang bakal dikecapi :D

Wednesday, 2 October 2013

hiasan

mungkin aku hiasan
lembut ayu bak gadis bangsawan
namun bukan sembarangan
untuk kau main-mainkan

#seindah hiasan adalah wanita solehah