Wednesday 24 April 2013

needs

don't be the girl who needs man
be the girl who man needs :D

Friday 19 April 2013

generasi baru


generasi baru amanah kita
jangan pernah kita abaikan mereka
bimbang mereka tersesat di jalanan
tenggelam di lautan
kelak merana badan tiada berkesudahan

hati

hati ini selembut tisu
mudah terkoyak
mudah terenyuk
mudah termakan kata-kata
mudah juga terluka dek tohmahan
ibarat tisu meresap air

hati ini pelabuhan cinta
mudah tertaut dengan layanan cinta
andai kata bukan disini destinasi yang dituju
pergilah wahai pedagang ke pelabuhan sana
tak sanggup hancur dek layanan pedagang
ibarat pearl harbor hancur saat perang dunia kedua

hati ini ibarat mangga
masih terkunci rapi untuk kuncinya
setia ibarat pungguk rindukan bulan
hanya untuk kunci yang betul
yang mampu membuka hati menuju jannah
ibarat mujahid memimpin mujahidah


Wednesday 17 April 2013

mata


andai mata bisa bertutur
pasti sekarang dia merengek
andai mata bisa meminta
pasti sekarang tidur yang dipinta
selamat tidur semua.. :D

selamat hari jadi.. :)

muslimah berhati kental
melalui hari berbekal hati yang kental
semangatnya tiada pernah luntur
seperti senyuman dibibir yang tiada pernah lekang
hidupnya berprinsip
tegas mengenggam prinsip
tidak jatuh dek tomahan
tidak layu dek pujukan rayu
walau tegas tidak berginjak
namun diri seorang penyayang
seiring seerti seperti nama
inilah Rahimah Fitrah Mohd Sofyan

Tuesday 2 April 2013

kita dan kucing



kita dan kucing
apa beza kita
hanya akal
andai kita ditempat kucing
mampukah kita melalui hari-hari yang dilalui mereka
kerdil keseorangan
mencari makanan yang belum tentu selamat untuk dimakan
melalui jalan yang belum tentu selamat untuk dilalui
mampukah kita menjadi seteguh mereka
andai mereka mampu bercakap
pasti lidah kita kelu beku
tidak mampu lagi untuk merungut
dek kerana susahnya hidup mereka

kita dan kucing
mengapa ditolak diherdik kucing yang kotor
mereka tidak diminta untuk berupa sebegitu
mengapa dipukul ditendang
hanya kerana mereka meminta sesuap makanan
untuk meneruskan hidup
mengapa kita hanya mampu melihat
tatkala kucing itu kelaparan
rugikah kita untuk berkongsi sedikit hidangan kita
rugikah?

kita dan kucing
sama sahaja
mempunyai perasaan
mempunyai kudrat
malah mereka lebih kuat berbanding kita
kerana mampu mengharungi hidup yang susah
yang membezakan kita hanyalah akal

misi pertama aku: mencari kucing2 di ump untuk diberi makan
misi berjaya.. :D

#moh le anak2 muda diluar sana,moh le kita berbuat baik terhadap binatang.. :D