Sunday 26 May 2013

K.I.T.A.

ini kisah tentang kita
bermula dari matrik di utara
kolej matrikulasi pulau pinang tempatnya
walau setahun sahaja
ia tetap kekal dalam hati selamanya

setiap hari pada kita
hari yang indah saja
walau ada yang berduka
pasti lega bila berjumpa
kerana kita sangat ceria

pergi kelas bersama
makan semeja
selalu ketawa
pendek kata
susah senang bersama

persahabatan kita
tersangat bahagia
sebab kita berlima
manis macam gula
nakal dan gila-gila

syamira dengan garang dan manjanya
yeen suka ketawa ceria
sikin terkadang blur-blur saja
ayu ini tenang sentiasa
mia pula suka bercerita

hari-hari kita berjumpa
sabtu dan ahad begitu juga
perasaan bosan langsung tiada
kerana kita sangat gembira
sebab kita sentiasa berlima

walau sekarang tidak bersama
hati ini sentiasa berdoa
agar dapat kembali berjumpa
bergurau senda seperti dulu kala
kerana kita sahabat selamanya

saya sangat menyayangi kalian semua :')
ini kami berlima - hasil tangan syamira suib :)
dari kiri: yeen,mia,syamira,sikin,ayu



3 comments:

  1. mia miss you..n love u always

    ReplyDelete
  2. mia sweet sgt...trsentuh aty..rndu kaliannnn.....miss damn much

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ayu.. sory bru baca.. rindu ayu dan semua.. T.T

      Delete