Monday 16 June 2014

amarah.

Bismillahirrahmanirrahim,
Allahumma solli'ala Muhammad, wa'ala ali Muhammad
Subhanallah Wabihamdihi SUbhnallah Hiladzim

Assalamualaikumwarahmatullah ya bakal-bakal jenazah. ehh sentap hahaha. ok gurau je hehe. apa khabar semua yang sedang membaca. *lambai-lambai
ceh bajet macam ramai je yang baca haha. wuu lamanya tak update blog. rindunya nak taip menaip idea yang bergelimpangan dalam kepala ni. Alhamdulillah kali ni ada idea nak menaip. Semuanya datang dari Allah. tapi sebab lainnya aku biarkan blog ni bersawang berhabuk macam ni *jap sapu habuk* ehm ala macam biasa la. busy. cliche sangat kan alasan ni. tapi semua orang yang tak update new entry mesti sebab busy kan. jari tak sempat merangkak pon nak bukak tab blog. haa jadi sama jugak dengan aku. tapi aku busy apa je. jap pikir. ehm ehm ehm.,haa busy scrolling fb je kot. hahaok seriusaku busy dengan assignment projek tapi still ada masa nak main-main. hehe.

Wah wah dah la da lama tak update new entry. sekali ko punye update, nahh tajuk die ganas. amarah u. haha
Ok kita terus ke titik (mohon baca 'straight to the point'). begini, apa yang korang dapat simpulkan bila korang nampak perkataan AMARAH ni. *awal-awal da simpul,isi tak cerita pun lagi -_- *

Ok. pada aku, bila aku nampak perkataan ni, aku da boleh bayang da satu perasaan yang kalau boleh ko nak je membebel pong pang pong pang kat seseorang/benda yang buat ko marah. atau lebih teruk, aku terbayangkan muke orang yang berkerut seribu macam muka tersagat kat dinding tu. haha. dan bila aku tengok orang yang tengah marah pon aku akan jadi takut.
dan alkisahnya, petang tadi aku boleh pulak termarah kat sorang budak pekerja kafe dan sekarang aku sangat tak suka dengan perbuatan tingkah laku perangai aku yang ni. aku rasa macam loser sangat-sangat. dan sebab utama aku marah adalah makanan. ye makanan la yang banyak buat orang marah. bile lapar takde makanan, orang jadi marah. bile harga makanan naik,orang marah. bile makanan tumpah,orang marah. ni selalu aku kena. aku cuai dan selalu tumpahkan makanan bile aku makan dengan adik aku. then die akan marah bertalu-talu kat aku. haha. aku pun tak tatau kenapa bila makan dengan adik aku je,mesti ade je mende tak masuk akal yang aku buat. maybe aku suke tengok adik aku membebel kot. yes i am. dan sebab tu aku nampak lagi muda cute miut gitu dari adik aku haha. haa jangan mengata aku perasan. ingat ciptaan Allah itu semua cantik-cantik hensem-hensem belaka. *yes win haha

Dan kenapa aku boleh termarah dekat budak tu sebab order aku tak siap-siap. aku order dari pukul 3 petang  dan aku bajet dapat la pukul 530 petang kan. alih-alih pukul 630 aku turun pegi kafe, sekali tak siap lagi. ok. masa tu aku masih cool macho ok. tunggu lagi. sampailah pukul 745 malam, aku fikir nak balik bilik solat maghrib dulu lepas tu turun bali. jadi sebelum aku balik, aku pergi la check tengok kot-kot makanan aku da siap. sekali aku tengok makanan aku masih tak siap lagi. masa tu da rasa kecewa da. sebabnya lapoooo oiii. aku skip bekfest semata-mata nak makan tomyam tu ok. da la kempunan dari semalam lagi. masa tu tak timbul lagi rasa marah nak membebel tu, cuma kecewa. yang bikin aku terhambur marah kat budak tu bile mana kawan aku, pika datang sebelah aku then amik makanan die. aku pun buat-buat tanya.

"Order dari pukul Bape?" *senyum
"order pukul 6 lebih tadi"
"mia tak dapat lagi ke?"
"tak
*dalam hati da boommm haha

Masa tu aku tak tahu kenapa aku boleh pegi membebel kat budak tu dan aku syak die lagi muda dari aku, so adik la. nasib la kebetulan die baru keluar dari dapur ok haha. aku pegi amik kertas order yang baru, tulis balik order aku then aku pegi kat adik tu.

"adik,kenapa order yang pukul3 takde lagi,sedangkan kawan akak yang pukul6lbih da dapat?" *muke marah
*adik tu diam, blur mungkin*
"akak da order dari petang tadi tak dapat lagi. ni amik kertas order ni balik,pegi buat yang akak." *terus blah

Aku terus balik bilik sebab tak solat lagi oii. dan mungkin sebab tu aku termarah kot. sebab syaiton nirojim duk menghasut kuat sangat haha. 

Ontheway balik bilik tu, barulah aku tersedar yang aku da termarah orang dan aku paling tak suka perkara ni sebab aku tak suka marah orang even aku ni kadang-kadang cakap lepas jugak. ok itu dulu. zaman sekolah haha. sekarang pendiam ok. dansalah satu cara nak kawal marah dan cakap lepas aku ni, aku pikir diam. diam itu lebih baik dari menyakitkan hati orang. kenapa aku paling tak suka marah orang, sebab aku takkan tenang selagi tak pegi minta maaf kat orang tu. dan aku akan cari orang tu dulu untuk aku minta maaf sebab sepanjang aku masih tak minta maaf, aku akan terbayang kesusahan aku di akhirat nanti mencari orang yang aku marah tu. ye itu aku dan sememangnya aku.
dan satu hal yang buat aku rasa loser tersangat loser bila mana aku teringat sabda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” 
(HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Astaghfirullah. istigfar panjang aku bila aku teringat sabda ni.
Allahu. apa aku da buat kat diri aku. sungguh aku sedih dan kecewa dengan diri aku bilamana aku tergugat hanya kerana makanan yang tak siap dimasak. sedangkan saudara aku di Syria Palestin tak cukup makanan. Allahu rabbi,maafkan aku ya rabb. aku tertanya-tanya,mana pergi kesabaran aku selama ni dalam menahan marah. dan saat aku menaip ni,aku masih rasa kecewa dan malu dengan diri aku. :( dan aku bertekad nak pegi minta maaf dengan adik tu esok hari. ye aku tekad dan aku kena buat.

Ingatlah wahai diriku dan sahabat yang sedang membaca, janganlah kita menjadi pemarah yang bersifat panas seperti api kerana asalnya syaitan adalah api. jadilah seperti air yang menenangkan lagi menyejukkan. kawallah kendalilah amarah itu. kerana mengendalikan kekuatan amarah bukan bererti menghilangkan. tetapi kekuatan amarah diciptakan oleh Allah untuk sesuatu hikmah yang besar agar manusia terdorong untuk mempertahankan hak, menilak kejahatan serta menegakkan jihad fisabilillah bagi membela dan meninggikan kalimah Allah.

Lagi satu. bila kita marah ni,muka kita tersangat la tak cantik. berkerut masam. dan seeloknya bila korang tengah marah tu korang selfie atau  pergi cermin muka sendiri dan tengok. mesti korang rasa macam nak lempang-lempang je muke korang. sebab apa. sebab muka marah tu tak cantik. buat hati rasa sakit. ye dak?

Ehm ehm rasanya sampai disini saje untuk hari ni. lagipun lusa ada paper. first paper ok. *cuak. study pun tak abis lagi.
maafkan aku andai ada tersalah terkasar termenguris hati kamu wahai sahabat. doakan aku berjaya menjadi muslimah yang melabuhkan hati aku hanya untuk Allah dalam setiap perkara yang aku lakukan. doakan juga kejayaan ku. 

Sekian.
Assalamualaikum :)