Sunday 26 May 2013

K.I.T.A.

ini kisah tentang kita
bermula dari matrik di utara
kolej matrikulasi pulau pinang tempatnya
walau setahun sahaja
ia tetap kekal dalam hati selamanya

setiap hari pada kita
hari yang indah saja
walau ada yang berduka
pasti lega bila berjumpa
kerana kita sangat ceria

pergi kelas bersama
makan semeja
selalu ketawa
pendek kata
susah senang bersama

persahabatan kita
tersangat bahagia
sebab kita berlima
manis macam gula
nakal dan gila-gila

syamira dengan garang dan manjanya
yeen suka ketawa ceria
sikin terkadang blur-blur saja
ayu ini tenang sentiasa
mia pula suka bercerita

hari-hari kita berjumpa
sabtu dan ahad begitu juga
perasaan bosan langsung tiada
kerana kita sangat gembira
sebab kita sentiasa berlima

walau sekarang tidak bersama
hati ini sentiasa berdoa
agar dapat kembali berjumpa
bergurau senda seperti dulu kala
kerana kita sahabat selamanya

saya sangat menyayangi kalian semua :')
ini kami berlima - hasil tangan syamira suib :)
dari kiri: yeen,mia,syamira,sikin,ayu



pelangi

ibarat melihat pelangi
menyenangkan hati
tapi mustahil untuk dimiliki
jadi berhenti bermimpi
andai diri bukan sang puteri

Saturday 25 May 2013

anai-anai

andai kerusi kayu itu patah
kenapa yang duduk dipersalah
walhal anai-anai yang meratah
sehingga ia menjadi rapuh

# jangan menuduh tanpa bukti yang kukuh

jendela

ibarat rumah punya satu jendela
malap kerana kurang cahaya
terbatas segala pandangan mata
melihat pada satu sudut sahaja

bila mahu berjaya?
jika hanya duduk sahaja
melihat hanya satu panorama
melangkahlah keluar sekarang juga
walau terpaksa terjun jendela
kerana masa tidak menunggu kita
dan dunia bukan satu sudut sahaja

# dunia ini masih banyak yang perlu diteroka. :)

Friday 24 May 2013

pena

pena bergerak membabi buta
hilang makna dan erti
hingga tiada daya
untuk menyentuh hati

# menulis biar dari hati, baru menjadi, peringatan untuk diri sendiri.. :)

irama

apabila irama tak sama
hanya sumbang bergema
alunan musik tiada bermakna

begitu juga kita
jika keikhlasan itu tiada
jangan mimpi untuk bercinta

kelak hati terluka
badan merana
jiwa terseksa

Thursday 23 May 2013

batu

sedang kau tahu dia begitu
kenapa masih menunggu??
adakah hati kau keras seperti batu?
sehingga kau sanggup dilakukan seperti itu
tolong berhenti menipu
jika hati sudah lebu
dek kerana tingkah laku
yang hanya tahu
menghadirkan debu
ibarat diri terus terhempap batu

berhenti berdiri disitu
disitu bukan tempat mu

kasta

mata terus melihat dan menyaksikan
berjalannya sebuah kronologi
tentang kehidupan yang membingungkan
dek kerana rapuh dan nipisnya hati
mewujudkan seribu pertanyaan
terkadang hanya bertemu jalan mati
buntu dan terus buntu untuk jawapan
kerana otak dan hati tidak seiringan
terkadang tersakiti
terkadang menghadirkan kebahagiaan
sekarang harus berhenti
keluar dari mimpi khayalan

kerana sudhra dan ksyathria ini
takkan pernah seiringan

Wednesday 22 May 2013

suci

ibarat mendaki tangga yang tinggi
ya, letih untuk terus mendaki
mungkin sekarang harus berhenti
dari terus bermimpi
biar diri terus sendiri
walau terkadang terasa sunyi
namun itu hanya mainan hati
sedang janji Allah itu pasti
cuma jaga iman dan hati
agar diraih cinta yang abadi
dan Jannah berjaya dimiliki

#jaga hati jaga iman untuk cinta yang suci :)

Palestin Syria Gaza

di Palestin,Syria dan Gaza
lapangan biru luas terbuka
namun kosong dari pandangan mata
kerana masa diragut pemangsa
hilang terus nikmat untuk semesta
yang ada hanya air mata

kerana diri terus berjaga
dari hujan peluru yang menimpa
yang bisa meragut nyawa
namun mereka tetap setia
kerana yakin pada Yang Maha Esa
untuk menjadi ahli syurga

sedang anak remaja kita bersuka ria
anak mereka disana terus berduka
hidup tidak seperti kita
yang boleh dapat segalanya
hanya cuma perlu bersuara
semua terus terhidang sedia

bukan semangat itu tiada
namun terkunci dari terus membara
kerana yang memimpin masih leka
terus-terusan mengejar dunia
yang akhir mengundang bencana
kerana mereka terus alpa
lupa pada Yang Maha Berkuasa

sejuta maaf ingin dipinta
andai cuma mampu berdoa
moga mampu jadi senjata
untuk mu wahai pejuang agama
harap maaf ini diterima
wahai saudara Palestin Syria dan Gaza

credit to Muhsin Sukeri

Tuesday 21 May 2013

berani

semakin bertambah kemajuan
semakin bertambah keegoan
yang dibawah dibiarkan
yang diatas diagungkan

sedang ibu menyusukan
sedang ayah menyarakan
tulang dibanting demi kehidupan
namun kerana kerakusan
tertindas segala hak kebebasan

perubahan perlu disegerakan
bimbang musnah satu peradaban
melangkahlah dengan keberanian
andai kita di pihak kebenaran 

#Allah bersama orang yang benar :)

nipis

biar hanya empat baris
asal penuh makna tertulis
hidup ini penuh tipu daya iblis
teguhkan iman pelindung hati yang nipis

#teguhkan hati teguhkan iman :)

kerja

kekusutan yang menimpa
bukan untuk menyusahkan kita
sudah takdir kita berjumpa
untuk berganding tenaga dan idea

andai memori diimbas semula
kerja ini ibarat pertemuan kita yang pertama
bila susah kita merungut bersama
terkadang kita gelak bersama

saat dikritik kerja kita
walau sesusah mana
tetap kita berusaha
sehingga kita berjaya

sekarang sudah pengakhiran kerja
andai rezeki masih ada
jumpa kita di lain masa
walau bukan sebagai rakan sekerja

#minta maaf andai ada salah dan silap sepanjang bekerja)

Sunday 19 May 2013

Heroin

"orang rasa Acap suka akak."
   Tergiang-giang kata-kata yang keluar dari mulut adiknya. Dan kini dia mengakui kebenarannya. Masih terbayang di matanya,hari keputusan SPM keluar,malam itu dia bermimpi mengambil keputusan SPM bersama Acap. Dia bermimpi Acap melamarnya. Dia bermimpi hidup bahagia dengan Acap.
   Tapi itu cuma mimpi,yang terlalu jauh dari realiti. Kenyataannya,Acap mengalami kecelakaan jalan raya ketika pulang selepas minum di restoran mamk bersama Kamil malam sebelum keputusna SPM keluar. Kamil sendiri koma 3 hari bila motosikal mereka bertembung dengan lori laju dari arah bertentangan. Acap meninggal di tempat kejadian.
    Yang tinggal hanya lukisan tangannya. Lukisan cinta hatinya.
JULIA

#nak baca?? pm sy... :)

Friday 17 May 2013

mainan atau jawapan

adakah ini jawapan istikharah?

bila berdepan hati jadi tak keruan
tatkala nama disebut terasa menyenangkan
saat tidur dia yang dimimpikan

buat otak penuh dengan soalan
adakah ini sekadar mainan perasaan
atau ini sebuah jawapan?

#dikarang atas permintaan seorang kawan :)

istikharah

jalanan cinta muslim dan muslimah
bukan percintaan sebelum menikah
kerana itu tidak indah
boleh mengundang murka Allah
juga menjauhkan sebuah jannah

andai ada yang memikat
takkan terus hati terikat
kerana itu bukan jalan yang berkat
hati pun jadi gelap pekat
malah neraka makin dekat

andai hati mula berkenan
bukan terus ajak berkawan
istikharah dulu jadi permulaan
andai yakin itu pilihan
boleh terus halalkan hubungan

#cinta selepas nikah itu lebih indah.. :)

Thursday 16 May 2013

misteri

buat semua wanita
anda sangat misteri
buat semua jejaka
anda sangat misteri

kenapa tidak aku gabungkan sekali
kerana misteri wanita dan jejaka tidak seerti
masing-masing ada maksud yang tersendiri

betulkan saudara-saudari? :)

Wednesday 15 May 2013

cara

ku menulis
bukan untuk memerli
bukan untuk mencaci
tapi untuk ringankan hati
buang semua luahan hati
hanya dengan cara ini
andai kau membenci
sila kau angkat kaki
sekarang kau boleh pergi
dari hidup aku ini
sebab aku memang tak peduli
kerana aku hidup disini
bukan untuk saling membenci
andai kau terasa hati
mesti terkena batang hidung sendiri
sila kau muhasabah diri
sebelum kau buat silap lagi

#buat yang terasa,minta maaf sangat2.. :)

sahabat

andai kau sahabat sejati
takkan kau melukai

luka di hati
biar aku hidup sendiri
biar aku berdiam diri
itu lebih menyenangkan hati
walau rasa sunyi
tapi aku lebih berdikari
masih kuat menempuhi hari
takkan aku berpaling lagi
pada yang selalu menyakiti
sedang kau masih begini
aku sudah pergi
tinggalkan kau sendiri
dalam dunia kau yang penuh imaginasi

tak rela aku sakit lagi
kerana di hati ini
sudah tiada tempat untuk dilukai lagi

#darah di hati buat aku masih hidup lagi untuk terus menyayangi seorang sahabat sejati :)



Tuesday 14 May 2013

lalat

lalat
seekor haiwan kenit
yang tidak kenal erti penat
bila kau datang dekat
kerisauan dicop berbau busuk akan meningkat
walau dihalau kau tetap datang merempat
betapa teguh hatimu wahai lalat
biar mata mu bulat berkilat
tapi hati ku tetap benci meluat
ingin kau ku kerat-kerat
tapi memang tak akan dapat
sebab kau terbang laju macam kilat
bikin darah aku mengalir laju macam lrt
sebab kau tak dapat ku lipat-lipat

#masih terfikir cara nak bikin lalat menjauhi manusia.. :P


Monday 13 May 2013

curi

kau buat otak aku berhenti berfungsi
ini hal bikin aku susah hati
bagaimana aku nak siapkan assignment ini?
kalau aku hanya tahu senyum nampak gigi
semua kerja dah tak menjadi
ini hal terjadi
sebab hati aku dah kau curi
tanpa kau sendiri menyedari


#alhamdulillah hati aku masih tak kena curi lagi.. :P

Sunday 12 May 2013

janji

ini cerita luahan hati
cerita orang yang suka berjanji
tapi susah benor nak tepati
ingin saja mulutnya ku cili

mari dengar sini
aku benci orang yang lupa janji
bikin aku sakit hati

janji ini untuk ditepati
bukan untuk dibuat capati
tambah pulak cicah kari
amboi sedapnya menjilat jari
tapi aku langsung tak peduli
andai kau melupai

sebab aku yakin pada Allah yang Maha Menghakimi
jumpa kita di hari perhitungan nanti

Saturday 11 May 2013

teman

setiap hari kita lalui jalan yang sama
mungkin pernah tapak kasut kita bersatu 
namun jauh sekali bukan bagi hati kita
kerna kau tiada perasaan yang sama sepertiku

mata kita pernah bertemu
lantas terus mengukir senyuman
hingga kotak suara juga pernah berlagu
namun  kau dan aku bukan ditakdir untuk berteman

cukuplah kau hadir sebagai watak sampingan
pergilah dikau sebelum hatiku bertambah parah
andai kita ditakdir berteman
biar aku ditemui sebagai mujahidah

#jodoh itu rahsia.. :)

sempurnakah??

jangan berlagak diri kau sempurna
orang buat silap kau marah
salah sedikit terus kau cemuh
andai peraturan kau tak patuh
pergi kelas pakai baju lusuh
bersarungkan kasut bertepek tanah
lagi teruk,bila kad matrik pun patah

#jangan suka merungut andai diri kau pun buat kesalahan yang sama :)

softskill

mengharungi cuti hujung minggu dengan softskill
ibarat berjalan dari east coast mall ke megamall
berjalan lagi terus ke terminal
hanya untuk katakan letih betul

Friday 10 May 2013

Joker

jangan dimonarkikan kehidupan joker
kerna hidup seperti joker Old Maid
sendiri dan terpinggir
hanya wujud tatkala menghibur
namun hati kosong dari tawa riang
lalui hari yang dipenuhi lakonan
bertopengkan senyuman berwarna ceria
namun hati yang luka
dibiar tidak berjahit kembali

Thursday 9 May 2013

biar

biar musik memulakan cerita
sambil jari laju menaip
mencatitkan semua luahan hati
agar tidak hilang ditelan kealpaan
dek kerana kesibukkan duniawi

biar senyuman memulakan hari
sambil hati terus berbunga-bunga
menjadikan semangat semakin berkobar
untuk bersama berjumpa di menara gading
agar taraf bukan lagi penghalang untuk bersama

biar ingatan memulakan nostalgia
sambil perasaan terus dibajai untuk hidup
walau seperti menepuk pada angin
tidak berbunyi tidak bergema
namun hati tetap setia menanti

#bukan kesilapan hati kerana berperasaan,tapi lumrah hidup untuk mencintai..:)

singkat

pertemuan sesingkat masa
ditemukan atas satu tanggungjawab
digandingkan untuk satu kejayaan
walau diawal haluan berbeza
tiada terlintas untuk setakdir
namun kini sehaluan walau masih berbeza
taraf dan buah fikiran
hati dan perasaan
perasaan yang bersayap satu
yang tidak mampu terbang bebas diudara
perasaan yang datang sesingkat pertemuan
namun gadaian seumur hidup untuk melupa

#biar pertemuan sesingkat masa,kenangan jadi taruhan pengubat hati.. :')


Wednesday 8 May 2013

pandang

pandang tinggi ibarat mentari
pandang rendah ibarat tanah
andai diri sudah mampu berdiri
jangan lupa orang dibawah

Sunday 5 May 2013

jangan

wahai generasi baru ku
jangan kau rosakkan warisan kita
jagalah perilaku mu
jagalah adab mu
jangan kau calarkan kesucian agama
jagalah hati mu
jagalah hubungan mu dengan yang Maha Esa
dan janganlah kamu kotorkan maruah mu
jagalah harga dirimu
jagalah kehormatan mu
kerna belum tentu ada insan yang ingin menerima mu 
tatkala dirimu sudah lena diulit mimpi zina

namun anak-anak ku
ada Allah yang sentiasa melihat mu 
yang sentiasa medengar keluhan rintihan mu
dan yang sentiasa menunggu mu
untuk dirimu kembali mecintai-Nya kembali
taubatlah wahai anak-anak ku
milikilah cinta yang abadi
yang  pasti mampu membahagiakan mu


Wednesday 1 May 2013

jatuh

jadilah manusia yang tak takut untuk jatuh
jadilah juga manusia yang mampu bergerak selepas jatuh
kerna jatuh kita bisa mengajar kita menjadi insan yang kuat
bisa juga menjadi pedoman pada insan lain yang jatuh tanpa mampu bangun
jadikan kejatuhan kita satu cahaya hidup untuk insan lain yang jatuh




wanita

tanggungjawab seorang wanita di dalam rumahtangga yang perlu disedari oleh wanita adalah kerja mereka tidak pernah ada cuti. ia adalah tanggungjawab sepanjang hayat yang perlu dipikul sama ada suka atau tidak. mereka tidak boleh berundur