Friday 17 May 2013

istikharah

jalanan cinta muslim dan muslimah
bukan percintaan sebelum menikah
kerana itu tidak indah
boleh mengundang murka Allah
juga menjauhkan sebuah jannah

andai ada yang memikat
takkan terus hati terikat
kerana itu bukan jalan yang berkat
hati pun jadi gelap pekat
malah neraka makin dekat

andai hati mula berkenan
bukan terus ajak berkawan
istikharah dulu jadi permulaan
andai yakin itu pilihan
boleh terus halalkan hubungan

#cinta selepas nikah itu lebih indah.. :)

No comments:

Post a Comment