Thursday 23 May 2013

kasta

mata terus melihat dan menyaksikan
berjalannya sebuah kronologi
tentang kehidupan yang membingungkan
dek kerana rapuh dan nipisnya hati
mewujudkan seribu pertanyaan
terkadang hanya bertemu jalan mati
buntu dan terus buntu untuk jawapan
kerana otak dan hati tidak seiringan
terkadang tersakiti
terkadang menghadirkan kebahagiaan
sekarang harus berhenti
keluar dari mimpi khayalan

kerana sudhra dan ksyathria ini
takkan pernah seiringan

No comments:

Post a Comment