Thursday 9 May 2013

biar

biar musik memulakan cerita
sambil jari laju menaip
mencatitkan semua luahan hati
agar tidak hilang ditelan kealpaan
dek kerana kesibukkan duniawi

biar senyuman memulakan hari
sambil hati terus berbunga-bunga
menjadikan semangat semakin berkobar
untuk bersama berjumpa di menara gading
agar taraf bukan lagi penghalang untuk bersama

biar ingatan memulakan nostalgia
sambil perasaan terus dibajai untuk hidup
walau seperti menepuk pada angin
tidak berbunyi tidak bergema
namun hati tetap setia menanti

#bukan kesilapan hati kerana berperasaan,tapi lumrah hidup untuk mencintai..:)

No comments:

Post a Comment