Tuesday 2 April 2013

kita dan kucing



kita dan kucing
apa beza kita
hanya akal
andai kita ditempat kucing
mampukah kita melalui hari-hari yang dilalui mereka
kerdil keseorangan
mencari makanan yang belum tentu selamat untuk dimakan
melalui jalan yang belum tentu selamat untuk dilalui
mampukah kita menjadi seteguh mereka
andai mereka mampu bercakap
pasti lidah kita kelu beku
tidak mampu lagi untuk merungut
dek kerana susahnya hidup mereka

kita dan kucing
mengapa ditolak diherdik kucing yang kotor
mereka tidak diminta untuk berupa sebegitu
mengapa dipukul ditendang
hanya kerana mereka meminta sesuap makanan
untuk meneruskan hidup
mengapa kita hanya mampu melihat
tatkala kucing itu kelaparan
rugikah kita untuk berkongsi sedikit hidangan kita
rugikah?

kita dan kucing
sama sahaja
mempunyai perasaan
mempunyai kudrat
malah mereka lebih kuat berbanding kita
kerana mampu mengharungi hidup yang susah
yang membezakan kita hanyalah akal

misi pertama aku: mencari kucing2 di ump untuk diberi makan
misi berjaya.. :D

#moh le anak2 muda diluar sana,moh le kita berbuat baik terhadap binatang.. :D

No comments:

Post a Comment