Saturday 30 March 2013

jalan yang aku pilih

jalan yang aku pilih
ingin aku hiaskan dengan pelbagai masalah
ingin aku petik seribu kenangan
yang tumbuh dari tanaman masalah

jalan yang aku pilih
ingin aku terokai lautan yang luas
lautan manusia yang berwarna warni
menjadi nelayan yang mendapat pelbagai tangkapan

jalan yang aku pilih
akan aku akhiri dengan kejayaan
sebagai bukti aku petani berjaya
petani jutawan yang berguna

jika ditanya adakah aku bahagia
ya,dengan bangga aku nyatakan
aku bahagia dengan hidup aku
inginku jerit satu dunia
mengatakan aku bahagia
kerana aku tahu aku orang yang kuat
yang menjadikan Allah swt sahaja tempat pergantungan aku
matluthfi, the man that i salute and i wanna be like him..!! :D

No comments:

Post a Comment