Sunday 19 January 2014

dikata & mengata

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..!!! :D
die mai dah.. mai dah.. apa yang mai nih cik mia oii?? mood nak menulis dah mai dah. yeahhh. jari terasa gatal nak menari-nari nih, idea pun dah melimpah ruah dah nih. ayat tu selalu nak over -_-. bia la hahaha..

entry kali ni bukan nak buat sambungan pasal cerita sesat tuh. hahaha.maaf kepada semua yang menunggu siri ke3 cerita tu,tak lupa juga pada yang bertanya. mood nak menyambung entry tu tak sampai lagi. maap maap maap. ini kalau aku jadi penulis novel nih,memang lari semua peminat2 aku sebab kebosanan menunggu. wah wah peminat?!! *rolling eyes hahaha*..

ok back to the topic. disebabkan cuti semester pun dah bermula,aku yang tak balik bercuti nih duk kat bilik sorang2,tersangatlah kebosanan. kepada yang balik tuh,selamat bercuti ye,jangan buat aku jeles. backhand baru tau hahaha. kerana kebosanan melampau tu,mulalah aku menjadi stalker terhebat. yela sebab dah takde kerja nak buat. nak study pun tak boleh. ehhh

amboi ayat,sebelum2 nih pun ko study time study week je mira hahaha

eh eh panjangnya mukaddimah entry nih. haha,maaf2. ok kali ni aku nak cerita pasal "biarkan anjing menyalak pada bukit". pebende pulak nihh.. hasil dari menyetalk. ok punah bahasa ibunda kita.maaf.hasil dari aktiviti tu,dapat aku simpulkan ramai antara kawan2 aku yang down bila mana kawan2 sekeliling mereka mengata mencaci mengumpat mereka. WHY????!!

pada aku,tak perlu la kita nak bersedih. bak kata mak aku,i don't care. itu 1st ayat english mak aku ajar masa aku budak2 dulu sebabnya dari kecil lagi aku selalu kena buli dengan orang. siap kena ejek panggil 'angsa kambing' sebabnya nenek aku bela angsa kambing tu semua. banyaknya sebabnya hahaha. tersangatlah lawak oii. yang kawan2 aku ni,kenapa nak down awak eh.. pedulikan semua tu. ye memang secara jujurnya,kita akan terguris terasa sedih,lebih2 lagi yang mengata tu sahabat kita yang selalu dengan kita. pada aku,  pedulikan semua itu. kita bukan dilahirkan untuk memuaskan hati orang. andai hari-hari  kita hidup sebab nak puaskan hati orang, boleh mati keletihan sebab memang takkan dapat puaskan hati semua orang. lagipun tiada manusia yang perfect sempurna lengkap dalam dunia nih.

perumpamaan yang diberikan itu bukanlah dengan niat nak kata orang itu anjing ke apa. haa korang jangan label gitu ye.tak baik. tapi gayanya sama seperti itu,bilamana anjing tu dah letih menyalak pada bukit tu,lama2 dia akan diam senyap blah jugak kan. silap2 pegi panjat bukit tu,p main2 lagi. sama jugak dengan orang yang mengata kita tu,bila mereka dah bosan letih,mereka senyap jugak. kita yang kena kata nih jangan lah duk diam statik cam bukit tu. kita yang dikata nih,teruskan bangkit bangun,buktikan pada mereka yang korang nih bukan seperti yang mereka katakan. buktikan mereka itu salah. bila kita dikata, cuba kita duduk sebentar dan renung kembali kebelakang. bukan belakang korang lah.. tapi cuba putar balik memori kita,selak kembali tirai kenangan kita. berapa banyak dah halangan dan cabaran yang kita lalui. mesti banyak kan. sepanjang perjalanan hidup kita tu,dah berapa ramai manusia yang mengata kita. mesti ramai kan. yang takda tu,dia pondan. hahaha. mesti ada walau sorang. jangan tipu. dan lihat,kita kat mana sekarang,alhamdulillah kita berjaya harungi semua halangan2 tu. so kenapa sekarang bilamana kita dikata dikutuk dicaci,kita perlu down. sedangkan dulu kita boleh lalui halangan tu. bukan ke dulu kita hanya seorang insan yang baru belajar mengenal dunia. dan hakikatnya, kita berjaya mengharungi cabaran itu sehingga meletakkan kita ditempat kita sekarang.

jadi tak perlulah kita rasa putus asa nak berhadapan dengan dunia,rasa down. biarkan aje mereka semua berkata-kata. dan tak perlu kita membalas perbuatan mereka dengan kata-kata yang tak elok. bak kata mak aku, kalau kita balas apa yang mereka buat,kita ni sama dengan mereka. cukup kita tutup mulut mereka dengan kejayaan. yeahh,kata2 mak selalu betul. i love u mak. sayang sikit.. alolo,comelnya mak.. hahaha..

dan kepada yang suka mengata orang tu. cuba fikir balik. siapalah kita untuk mengata menghina mengcaci manusia sedangkan kita juga hambaNya yang hina yang serba tak lengkap. haa baca bismillah pun salah lagi,ada hati nak mengata orang. wrestling satgi baru tau rasa. tak suh berhenti berfikir lagi,sambung fikir lagi. siapa kita untuk menghakimi manusia lain sedangkan diri kita sendiri pun masih belum sempurna. walau sehebat mana pun diri kita,itu semau pinjaman dari Allah. ye, semua itu dari Allah. jadi berhentilah menghakimi manusia sesedap hati kita. jangan. aku ulang lagi sekali JANGAN.!!. kita tak tahu apa yang saudara kita lalui, kita tak tahu apa2 pun yang ada dalam hati mereka. jadi berhenti buat andaian sesuka hati. berhenti. aku nak ulang jugak yang ni. BERHENTI.!! yang tengah drive tu,jangan berhenti,teruskan. kalau lampu merah je berhenti. berhenti buat andaian sendiri sebab kita bukan siapa2. kita tiada kuasa kita tidak sempurna. kita adalah zero.  kita tak boleh hukum orang sesuka hati. hellooo,sedar tak kita ni hanya hamba. yang tak sedar tu,bawak mai sini,aku sagat kepala kat dinding. hahaha ganas ko jah.. jadi fikir balik,layak ke kita nak menghukum menghakimi seseorang. jadi kalau ada perangai camtu,buang jauh2. campak dalam gaung. kalau ada lagi,ko sekali masuk gaung. eh eh jangan jangan. kan tak pasal2 aku yang masuk jail sebab ajar mende pelik.

akhir kata, untuk kawan2 aku kat luar sana. pandang kedepan sebab masa depan memang kat depan. apa yang negatif tinggalkan di belakang. sentiasa positif dan bersabar kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar. ingat, sabar itu jugalah yang tolong bayarkan syurga untuk kita kerana Allah janjikan syurga untuk mereka yang bersabar.

maaf atas segala kekurangan dan kesalahan aku dan semestinya yang baik-baik itu daripada Allah swt dan yang kurang baik itu adalah daripada diri aku sendiri. andai kata-kata aku atau tatasusila aku merobek hati sesiapa,maafkan kerana aku cuma hambaNya yang tak lari dari melakukan kesilapan.

wassalam. :D
Mari berselawat sekejap..

 Allahummasolliala Saidina Muhammad Waalaali Saidina Muhammad. SubhanAllah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar.

- SUCCESS IS THE BEST REVENGE FOR ANYTHING-


No comments:

Post a Comment