Thursday 20 June 2013

In-smartive : Percikan Aurora Ukhwah

bersama mereka,
susur hiba malam terasa berwarna,
bercahaya dalam liku perjalanan,
teman kala sendirian,
kerana mereka aurora,
bibit cinta pandang pertama,
sekali pandang terus terleka,
keasyikan warna warna jalinan persahabatan,
dalam kepimpinan,kesukarelawan,
dan bimbingan (kaunseling).

bersama mereka,
bukan ingin disanjung bangga,
namun ikhlas demi agama,anak bangsa pemimpin negara.

bersama mereka,
hadir aurora bahagia,
sedang dikata sukar ketemu,
kelak pasti bersua juga,
bertatap mata,
di Jannatul Ma'wa,
bersama mereka ukhwah tercipta,
ikhlas kerna yang Maha Esa,
kita bersua kerana Dia,
berpisah jua atas namaNya.

bersama mereka,
pelukan keluarga jelas terasa,
abang kacak bergaya,
kakak cantik jelita,
adik-adik cun belaka,
saling menegur tatkala alpa,
bersama sama hingga ke syurga.

bersama mereka,
walau pertama kali bertatap mata,
hati pasti merindu jua,
setiap program yang ada,
pasti semua ingin turut serta,
saling mendukung gerak kerja,
hingga lelah tidak terasa.

NUKILAN BERSAMA : MIA MIRA & SYAPIT WAHAB

tertanya-tanya apa itu In-smartive??
pergi stalk blog nih ^_^ : in-smartive.blogspot.com



2 comments:

  1. aiwah! nukilan bersama lg! =D

    ReplyDelete
  2. haha.. tanpa syafit,xmmpu sy nk buat ayat gempak mcm kt ats tu kak oii.. nukilan ni da di htr utk mjlh kita.. :D

    ReplyDelete